"Taking the easy way out.."
Kalaulah hidup semudah apa yang digambarkan oleh lirik lagu 'Westlife' ini, maka tiada keraguan untuk saya meneruskan hidup dengan senyuman. Tetapi tidak; hidup tidak akan membiarkan pelayar samuderanya berlayar dengan langit yang sentiasa biru dan laut yang sentiasa tenang. Pasti ada ribut untuk setiap daripada kita.
Sebagai pelayar, kita perlu fakih dengan samudera yang kita layari. Tabiatnya perlu sentiasa dibaca, dalam pada itu; elakkan kawasan gelora. Jangan kaukata kau kuat, kau berani dan pintar mentafsir adat laut kehidupan itu. Kau manusia, dan manusia tidak akan mampu memahami tabiat sebenar hidup ini.
Kalau di lautan. kita mampu mengelakkan ribut dengan bacaan angin dan tanda-tandanya yang termanifestasi di permukaan laut. Kasihan bagi pelayar kehidupan, belum ada cara yang benar-benar mampu meramalkan, sekaligus mengelakkan ribut dunia. Membaca rekod-rekod tamadun lepas, kita akan dapat melihat satu pola kejatuhan yang seakan sama:- ketidaktahuan berkenaan masa depan.
Ya, Goerga Santayana pernah menukilkan bahawa "Manusia yang tidak mengenal sejarah akan terkutuk untuk mengulanginya", saya setuju dengan ini. Tetapi ia tidak pantas menjadi indikator bahawa kita mampu menguasai lautan dunia dengan pengetahuan dari masa-masa lepas. Betapa dalampun kita mampu menyelongkar skrol-skrol Palto berkenaan tamadun Atlantis yang kita dambakan sebagai kerajaan utopia, masih jauh dari realiti dan pengertian praktikal untuk kita mengasumsi bahawa kita tahu apa yang ada di depan. Kita ini; pelayar buta, atau mungkin pelayar di tengah malam.
Lautan kehidupan.. gelombangnya mengguntur jiwa |
Untuk kita selamat sampai ke "Bumi Sebelah Sana", kepakaran dalam ilmu empirik dan mekanik saja tidak mencukupi. Begitu juga dengan ilmu falsafah, kedoktoran atau apapun; kerana semua itu hanya membawa kepada percanggahan dan pemerkosaan realiti. Semua ilmu manusia ini tiada nilai apapun di sisi Tuhan itu.
Untuk kita benar-benar menggapai maksud Tuhan dalam mencapai syurga, perlu kita sedari bahawa itu memerlukan pengorbanan, usaha dan kerelaan. Kerelaan untuk membunuh keseronokan dunia dengan menumpukan kepada arah kita berlayar; kepada angin anaisr yang menggoncang. Perlu kita berpegang pada roda kemudi dan tidak menjatuhkan sauh pada pulau fatamorgana. Betapa indahpun dunia ini; ia perlu dikorbankan.
*jadi, kita tidak boleh berseronok??*
Andainya kita tahu maksud sebenar keseronokan dan nikmat.. pasti kita angkat sauh dan teruskan pelayaran. Apa sebenarnya keseronokan, kawanku? Kadang-kadang saya tertarik (dan tergelak juga) melihat sang hartawan bergerak ke sana-ke mari dengan beg bimbit mengejar wang. Kata mereka untuk kesenangan di masa hadapan, perlu sedikit pengorbanan. Dan banyak daripada sang hartawan ini mati dalam 'perjuangan'. Masa hadapan yang dikejarnya ternyata suatu fatamorgana, sama seperti kesnya dengan pulau tadi.
Jangan salah sangka, wahai para pembaca. Saya tidak memfatwakan mencari harta itu haram atau memenuhkan tembolok itu berdosa, tapi saya hanya ingin menekankan bahawa semua itu tidak perlulah dikejar dengan sungguh-sungguh. Bersederhanalah; itu yang lebih baik.
Kamu tahu, salah satu sebab saya menjadi pengikut setia Nabi Muhammad SAW adalah kesederhanaan yang baginda tonjolkan. Sifat baginda SAW dalam melihat harta benda sama dengan pandangan saya berkenaan lelaki *manusia* maafkan saya, manusia ideal. Inilah bahagian yang paling menyebabkan saya terduduk kagum menatap sirahnya.
Jangan lihat keindahan dunia ini sebagai matlamat; ianya hanya wahana untuk mencapai matlamat kita sebagai manusia yang percaya. Matlamat kita tersembunyi di balik kabut ribut dunia sebelah sana.
Balik kepada topik, sebagai kesimpulan: labuhkan kain layar anda sebesar-besarnya. Tarik sauh, kita tinggalkan pulau fana itu. Selaraskan kemudi pada arah yang tetap, tiada belok-belok. Kerah seluruh tenaga untuk menghadapi ribut kehidupan, tembusi pukulan ombak yang menggila. Biarlah kita berlelah, bergelap. Di balik ribut ini, ada mentari yang abadi.
Ada pulau Syurga. :)
Entri paling ngam untuk menampar2 sy berulang2 kali.. :) in a good way. Thanks for the constant reminder through ur entries. Tidak sangka sy mau cakap something honest---tapi sy la manusia yang paling memerlukan nasihat dan peringatan secara constant. Paling bermasalah. That's why I don't deserve anyone's respect.
ReplyDeleteSebenarnya.. inilah niat asal saya menulis blog; memberi kesedaran melalui cara saya sendiri. Sekarang saya rasa perkara itu perlu dilaksanakan di sini juga. Jadi entri peribadi mungkin semakin sedikit. Apapun; kita sama-sama mengingati, ya bro. Cheers.
ReplyDeleteSila2.. kami buat blog bukan bertujuan untuk buat ko menyimpang dari niat asal ko buat blog ni pun.. and.., ko sebenarnya x perlu pun buat blog yg 1 lagi 2.. ko kurangkan entri bersifat peribadi pun not a prob, sebab kami akan baca juga blog ko neh.. :)
ReplyDeleteTerima kasih atas sokongan korang (!?). Sangat, sangat sangat menghargainya.
ReplyDelete