'Header' yang seterusnya.. nantilah minggu depan baru mula guna *sampai 'BERSIH 2.0' tamat*. Tajuk sebenar: 'A Cup of Tears'. |
Hari ini, saya mahu berseloroh tentang air mata *!?!?!?*. Apa yang peliknya?
| "Pernah tidak..."
...anda terlibat dalam satu seminar/ceramah yang sangat syahdu? Isinya menggempar batin anda, dan memukul kesedaran. Air mata tiba-tiba berlinangan, lantaran tidak dapat menahan serangan psikologi sipenceramah. Ketika anda menangis, pernahkah anda berfikir; KENAPA? *tidakkkkk!!* HAHA, tahniah kerana mempermalukan saya, Sven. Macam mahu menangis rasanya, KASK.
Perembesan air mata dari segi sains, merupakan suatu proses penyingkiran bahan buangan seperti urea, protein dan air, lipokalin, laktoferrin, lisozim dan lakritin. Tujuan utama air mata adalah bertindak sebagai pelincir kepada kelopak mata, pelembap dan juga berfungsi untuk mengeluarkan benda-benda seni yang melekat pada mata. Di samping itu, tekanan emosi yang cukup kuat juga mampu merangsang pundi lakrima untuk mengeluarkan air mata. Rasional mengapa kita menangis pada keadaan seperti tersebut di atas masih hangat diperdebatkan. Baiklah, masuk kepada isi utama.
| "Adakah anda menangis? Apa yang membuat anda menangis? Apakah signifikan tangisan?"
Lukisan misteri Yorkshire...sudah banyak kali rumah tempat ia digantung terbakar, namun lukisan ini tidak terjejas sedikitpun. *Bapak misterius!* |
Menurut saya, tangisan adalah suatu reaksi yang bukan sahaja melibatkan aktiviti fisiologi, malah turut membabitkan hal-hal psikologi. Dr Jodi DeLuca (PhD) seorang europsikologis di Tampa General Hospital Florida, menyatakan bahawa menangis merupakan suatu tindakan yang mengekspresikan bahawa kita ingin menyatakan sesuatu. Menangis adalah alternatif kepada bahasa yang menunjukkan kita memerlukan sesuatu. Contohnya seorang kanak-kanak. Walaupun dia belum mampu berkata-kata, namun dia masih mampu menarik perhatian siibu untuk mendapatkan bekalan laktasi melalui tangisan.
Di sebelah kiri merupakan gambar ais yang sedang mencair di Kutub Austfonna, di Nordaustlande, semenanjung Svalbard. Manakala gambar di sebelah kanan menunjukkan mendian Raja Pop, Michael Jackson sedang menangis. Misterius, bukan? (bacaan lanjut: klik sini) |
Bergerak kepada aspek lebih dalam dari itu, kita juga boleh membuat kesimpulan bahawa tangisan juga merupakan elemen sosial yang sangat penting. Tangisan guna untuk menunjukkan ketidakpuas hati, sedih, ingin dibelai dan didengari, malah marahpun kadang-kadang, boleh berakhir dengan tangisan. Hal ini mewujudkan suatu senario sosial yang dinamik; tanpa perlu berkata-kata, kita boleh menyuarakan rasa.
Dalam Islam, ada satu lagi kegunaan *LOL, manfaat bha* tangisan. Yang jauh lebih dalam dan bermakna dari semua fungsi terlibat di atas *saya ingat Prof Faisal Tehrani pernah menyebutkan hal ini*. Ya, beliau pernah. Mari kita curi sedikit entri beliau. Kih Kih Kih...
...alaa. Blog dia sudah tiada. Terpaksalah bergerak sedikit, mencari fakta dan perspektif Islam mengenai tangisan. Nanti inshaAllah, saya akan poskan. Perjalanan pos perlu diteruskan. Huk huk (batuk).
Sesetengah orang berkata, tangisan merupakan suatu manifestasi kuatnya iman. Ramai juga yang menentang *sebab mereka kaki tangis* adakah kaki tangis? *entah, bedal ja...* WEH, balik kepada pos balik. Saya rasa tidak. Tangisan TIDAK SEMSTINYA menunjukkan bahawa kita lemah dan tidak berdaya. Tangisan hanyalah reaksi biasa yang bertujuan untuk menyampai sesuatu. Malahan, mereka yang tidak pandai menangislah yang tidak normal.
Berjoging dalam blog saudara Awangku Afif, saya tersentak apabila terbaca entri beliau yang menyebut bahawa menangis adalah antara kecantikan sebenar seorang lelaki. *Sebab apa?* ada dua sebab. Pertama: Seperti mana-mana wanita yang tidak semuanya cantik, begitulah lelaki yang tidak semuanya menangis untuk mengekspresikan diri mereka. Kedua: tangisan merupakan suatu perlambangan bahawa si lelaki mampu menawan rasa ego.
Berjoging dalam blog saudara Awangku Afif, saya tersentak apabila terbaca entri beliau yang menyebut bahawa menangis adalah antara kecantikan sebenar seorang lelaki. *Sebab apa?* ada dua sebab. Pertama: Seperti mana-mana wanita yang tidak semuanya cantik, begitulah lelaki yang tidak semuanya menangis untuk mengekspresikan diri mereka. Kedua: tangisan merupakan suatu perlambangan bahawa si lelaki mampu menawan rasa ego.
Tidak dapat dinafikan, ramai lelaki menahan tangisan kerana tidak mahu dilabel lemah dan lembik. Tetapi lelaki kaki tangis tidak peduli. Dia akan menangis juga bila keadaan memerlukan dirinya untuk menangis. Secara tidak langsung, kaki tangis juga kita boleh sifatkan sebagai manusia yang yakin dengan diri dan dalam masa yang sama asketik; zuhud.
No comments:
Post a Comment