| Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang |
Salaam.. debaran semakin terasa, bukan? HAHA. Bukan debaran 'Bersih 2.0' ah, tetapi debaran tugasan semester, debaran Konvensyen Guru Se-Malaysia, debaran Larian Satu Malaysia; banyak lagilah. Apapun, untuk entri ini, izinkan *adakah dia minta izin..* untuk bersuara berkenaan isu Pembangkang. Kenapa saya tidak suka mereka dan kenapa mereka tidak patut suka dengan saya.
1. Datuk Seri Anwar Ibrahim amal/cadang pluralisme. Untuk mereka yang tidak tahu apa itu pluralisme; pluralisme adalah suatu kepercayaan bahawa semua agama menuju kepada suatu jalan keselamatan yang sama. Semua agama adalah jalan kepada Tuhan dan tidak ada beza antara satu dengan yang lainnya, melainkan dari segi praktikal (eksternalisme).
Pluralisme dapat dikesani sejauh Tamadun Yunani lagi, lalu berkembang hinggalah ke Amerika, lalu meresapi pandangan Dr Seyd Hossien Nasr, John Esposito, Prfo John Hick dan banyak lagi. Dan dalam dogma ini, ada beberapa pecahan yang saya tidak suka untuk menghurainya. Cukuplah jika kita lihat sudut pandang Dauk Sri Anwar Ibrahim. Apa beliau kata?
Petikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dalam satu ucapannya bertajuk 'Religion and Pluralisme in a Divided World' pada 18 Mac 2010 di London School of Economics ada mengatakan:
| "…adalah suatu realiti dunia hari ini bahawa sesetengah kumpulan agama percaya bahawa hanya aqidah tertentu yang mampu mencapai keselamatan di Akhirat. Sikap eksklusif sebegini, malangnya dikongsi merentasi pelbagai agama dan mazhab dalaman agama. Saya percaya bukan saya seorang yang mengatakan bahawa untuk Pluralisme Agama berkembang subur dalam dunia berpecah-belah, adalah salah secara moral jika kita mengatakan kepada penganut agama lain : Kami beriman dengan Tuhan kami dan kami percaya kami lah yang benar , kamu beriman dengan Tuhan kamu tetapi kepercayaan kamu itu salah."
Anda boleh ke sini, untuk bacaan lebih kritis.
Berkenaan dengan isu ini, Felo Amat Utama ISTAC, Dr Uthman El-Muhammady telah membidas dua belas pertuduhan Datuk Seri Anwar berkenaan Islam. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak juga turut menegur tindakan serta pegangan beliau. Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menjawab;
| "Hypocrisy to exhort pluralism and use umno media to condemn it (Berpura-pura menegur pluralisme dan menggunakan media UMNO untuk mengutuknya)."
Hebat, bukan? Jalan keselamatan selain Islam... hmm.. kamu fikirlah sendiri. Saya tidak menggugah kamu. Kalau mahu undi mereka, undilah. Kalau tidak, tak payah. Saya cuma beritakan dari sudut bebas *saya tidak bersifat pro-Kerajaan dalam entri ini*. Barang diingat sungguhpun begitu, cinta pada Islam tetap saya simpan. Melihat aktiviti pluralistik Datuk Seri Anwar, kepercayaan saya terhadap Pembangkang berkurang sedikit demi sedikit.
Kelmarin malam, saya dan beberapa kawan lain menonton video Konvensyen Pilihanraya di Selangor *12 Jun 2011*. Yeah, memang sangat memukau cara beliau bercakap dan memetik ayat Al-Qur'an. Patutlah ramai tertip... maksud saya, ramai tertarik. Hebat.
Tetapi observasi saya mendapati nilai ke-Ali Shariati-an beliau amat kuat. Terselit juga unsur humanisme dan paling mengecewakan saya adalah kekeliruan dalam menyebutkan perihal penduduk Malaysia. Walau bagaimanapun, saya tidak akan menolak beliau berpotensi untuk jadi pemimpin nombor satu negara (inshaAllah tidak). Tidak kisah sebebnarnya dia jadi pemimpinkah, apakah. Cuma do not mess with Islam and entangled things up. When Islam says this, then it is; no compromise.
2. Kontroversi pro-Israel Datuk Seri Anwar Ibrahim. Wahai peminat kipas-susah-mati Parti Keadilan Rakyat, jangan rageeee. *ehh, Yassin, mana bukti kau untuk menuduh beliau sebagai pro-Israel?* Saya tidak tuduh, cuma segala bukti mengunjuk ke arah itu. Saya sangat terbuka untuk mendengar hujah serta jawaban beliau. Lagi pula... bapak ah, bercakap tanpa bukti. Sebelum itu, mari kita lihat sedikit petikan Tweeter Datuk Seri Anwar Ibrahim:
Siapa Paul Wolfowitz: Beliau merupakan seorang bekas duta Amerika ke Indonesia dan pernah bergerak sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika. Beliau, menurut Peter J. Boyer, dalam artikel beliau 'The Believer: Paul Wolfowitz Defends His War; The New Yorker' pos 1 November 2004:
| "a major architect of President Bush's Iraq policy and ... its most hawkish advocate."
James Mann pula menyebutkan Wolfowitz sebagai berikut:
| "Wolfowitz demonstrated himself to be one of the strongest supporters of Israel in the Reagan administration." [Wikipedia, Paul Wolfowitz]
*Wau.. hebat kawan Anwar ini..* Oops, bukan itu sahaja. Beliau merupakan salah seorang perancang utama aktiviti pencerobohan Afghanistan dan Iraq dan--menurut organisasi 'The American Muslim'--bergerak sebagai "neokoservatif yang memulakan suatu pelan baharu bagi menggulingkan umat Islam yang naif dan buta". Saya petik dari laman sesawang mereka:
"..And, now, the neo-cons have a new strategy in their War on Islam which is to subvert ignorant and naive Muslims. This strategy was first announced by Paul Wolfowitz a year ago..." [ 'The American Muslim', bertarikh 12 Mac, 2011]
Siapa pula Al Gore: beliau merupakan bekas Timbalan Presiden Amerika dan merupakan pemilik Generation Investment Management LLPdan pernah (bersama beberapa syarikat korporat lainnya) menyumbang $10 juta kepada GreenRoad Technologies Ltd, sebuah badan Israel. Bukti? Sini.
3. Tunduk pada kafir? *Nota: ini adalah sepenuhnya skeptik sesetengah pro-UMNO, dan belum dapat dipastikan kesahihannya* Salah! Yang menulis artikel Karpal Singh merendah-rendahkan undang-undang Islam adalah Malaysiakini, sebuah akhbar dalam talian yang bebas dari mana-mana parti. Ditulis oleh Teoh Beng El pada 21 Ogos 2010, Karpal Singh menolak pendapat Tuan Guru Besar Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyatakan hukum hudud mampu menangani masalah zina serta pembuangan bayi.
Selain itu, Karpal Singhlah yang me"nasihati" Mursyidul Agung itu untuk merubah landskap provisi politik PAS; dari negara Islam kepada negara kebajikan. Tindakan Mursyidul itu dipuji PKR, apatah lagi DAP terajuan Karpal. Katanya, dalam mengulas tindakan Mursyid Tuan Guru;
“To PAS’ credit, its decision gives spirit and expression to provisions in the Quran which advocates a welfare state. After all, provisions in the Quran are commands to Muslims. This development will, no doubt, draw the support of both Muslims and non-Muslims for the Pakatan Rakyat in the coming general election.” ['Free Malaysia Today', pos bertarikh 10 Jun 2011]
Saudara-saudari sekalian.. apakah kita sanggup membiarkan ini berlaku. Bukankah menurut Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam menjadi agama rasmi dan bukan kebangsaan Malaysia? Subhanallah kita mintalah jauh dari kebobrokan siasah seperti ini. Tun Dr Mahathir menegur tindakan ulama besar ini dalam 'Nightline', bertarikh 9 Jun 2011 (tidak silap saya).
Komen kedua saya; siapa Karpal Singh untuk menyatakan bahawa PAS sekarang taat pada Al-Qur'an? Saudaraku, baca balik petikan di atas, dan renungkan; mengapakah begitu mudah dikorbankan prinsip negara Islam demi meraih undi? Astaghfirullahal aziim... *tidak dapat saya bayangkan bagaiamanalah Islam setelah PR menang nanti.*
*aduh... tiga jam mahu menyiapkan entri ini. Selanjutnya saya akan poskan kemudian hari. InshaAllah..*
Salah. Dr Mahathir sendiri yang menolak penggunaan hukum Hudud. Dia sendiri telah menghantar surat bantahan kpd TG Nik Aziz.
ReplyDeleteYes... saya tidak nafikan salah Dr Mahathir Muhamad (beliau banyak buat salah; saya sedar). Tetapi itu bukan alasan untuk menolak campur tangan Karpal Singh dalam isu undang-undang Islam. Mari saya bagi situasi;
ReplyDelete"Seekor musang bertemu dua ekor binatang; satu musang yang sedang sakit dan satu lagi serigala. Mengikut moral, yang manakah perlukan si musang tadi?"
UMNO salah, kerajaan salah; tidak menjadi tiket untuk mereka memerangi kita dan bukan sijil bagi si kafiir Karpal Singh untuk menilai apa yang bagus untuk agama kita. Dan bukan pula sebab untuk pemimpin tunduk kepada dia.
Mari baca, Enakmen Hudud yang dilaksanakan PAS:
#1: hudud Pas Kelantan yang bernama Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 mempunyai 72 fasal.
#2: hudud Pas Terengganu yang dibentang dalam seminar pada 12 Mei 2002 bernama Draf Cadangan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu mempunyai 74 fasal.
#3: Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (EKJS) (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M yang mengandungi 67 fasal sahaja.
Zudien: Hudud mana yang betul? Kenapa terlalu banyak hudud? Bukan hudud itu hanya ada satu saja kah?
Berkenaan bughah:
"Draf yang dibentangkan pada seminar di Kuala Terengganu 12 Mei 2002 ada Bughah (Fasal 23, 24 dan 25). Sedangkan dalam EKJS (II) 1993 Kelantan dan rang yang diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 7-9 Julai 2002 tidak ada Bughah."
Berkenaan kelayakan untuk menghakimi hudud:
"Pertama tidak merujuk langsung kepada 15 syarat kelayakan menjadi hakim mengikut hukum syarak. Yang kedua rang EKJS (Hudud dan Qisas) Terengganu tidak ada peruntukan khusus mengenai syarat-syarat kelayakan menjadi hakim."
Saya akui, kebanyakan bahan saya ambil dari Internet, tetapi saya tidak melihat ada masalah dengan bahan tersebut. Ianya logik.
Sekali lagi; saya puji usaha TG Nik Aziz dan selar tindakan Dr Mahathir yang tidak langsung mengusahakan hukuman hudud dalam masyarakat Islam.
Dan atas sebab inilah, saya memilih untuk tidak menyokong mana-mana pihak. Dua-dua tidak sepenuhnya menggambarkan kerajaan Islam yang betul-betul saya inginkan.
Salam keamanan.