Wednesday, June 22, 2011

Apa Makna Gembira??

Salaam... rindu sebenarnya mahu mengeposkan gambar bersama kapsyen *seperti yang saya selalu buat dahulu*. Jadi paksa jari menaip juga. Kesian jari-jemari saya :D *Tema apa??* oh ya, temanya adalah kegembiraan. ^,^
Ada orang gembira apabila berada di samping keluarga. Saya pun gembira bila berada di sisi ibu bapa serta adik-beradik saya. Merekalah yang selalu letak senyuman pada muka saya apabila saya menghadapi masalah. Apabila terpisah, perkara itu sudah jarang berlaku.


Paranormal pula gembira apabila mereka mendapati suatu jasad/entiti pelik muncul dalam foto yang mereka tangkap secara rawak. Gambar ini saya yang ambil sendiri dan tiada suntingan dibuat *kecuali suntingan untuk memperjelas lagi jasad di belakang orang dalam gambar ini*. Menakutkan, tetapi saya ada penjelasan sendiri. Dan sebagai ahli paranormal yang amatur, saya benci penjelasan. Lebih baik mengekalkannya sebagai suatu misteri.
Ada pula orang gembira apabila membeli baju baru. Saya tidak gembira sebab baju merah yang saya pakai di atas hanyalah sebagai tindakan mencuba. Duit belum masuk masa ini, dan saya menyesal tidak ambil.
Ada yang gembira apabila melihat orang lain yang sangat chomel. Rasa macam mahu dipeluk saja, seharian. Sayangnya patung ini juga, tidak mampu dibeli.
Ada yang gembira apabila dibawa bergambar sakan. Fotogeniklah, katakan.
Sesetengah berasa gembira dengan cara yang paling unik, contohnya memerhatikan anatomi guli. Ianya seperti suatu perbuatan gila dan sia-sia, namun pada mata si pemerhati, dia melihat suatu galaksi di dalam guli tersebut *saya nampak!!* Eh, bukan tanya kaulah!
Bagi konspirasi teoris, menemukan simbolisme tersembunyi pada tikar sembahyang adalah suatu kebahagiaan, bukan kerisauan. Dalam hati, mereka menjerit, "Benarlah seperti apa yang aku anggap!"
Kegembiraan juga datang daripada empati. Apabila anda melihat suatu senario yang melibatkan unsur kasih-sayang dan persahabatan, anda akan merasakan suatu kuasa atau naluri yang menyebabkan anda tunduk pada kekuasaan Tuhan. RahmatNya ada di mana-mana.
Gembira juga didefinisikan sebagai perasaan puas yang teramat saat seseorang itu menemukan sesuatu yang dirinduinya separuh nyawa. Ketika belajar pada semester lepas, saya rindukan kuih ini; kuih sualla. Sedap dan saya tahu, macam rupa 'Devil Shard' HAHAHAHA. *Bukan bergurau, kuih ini memang mahsyuk.*
Pada sepotong coklatpun, anda bisa menjumpai bait-bait gembira *bergantung kepada siapa pemberi dan siapa penerima*. Jika sepasang suami-isterilah, contohnya yang saling menyuapkan sepotong coklat ke dalam mulut antara satu sama lain, kebahagiaan itu kadang-kadang bisa membuatkan mereka menitiskan air mata kegembiraan.
Ya sudah tentulah bagi kanak-kanak, gembira bertandang apabila kehendak mereka untuk memiliki sebiji permainan dipenuhi. Saya pernah menjadi seperti mereka dan sangat merindui momen itu.
Gembiranya saya apabila melihat timbunan snek, biskut serta keropok yang pelbagai terhidang. Sejurus selepas itu, kekeliruan pula datang; "Yang mana satu yang perlu dibeli, ah?"
Gembira bagi saya juga adalah apabila mampu menjejakkan kaki semula ke daerah tercinta, Tawau. Tidak ada apa-apa yang istimewanya Tawau ini, tetapi itulah sebabnya mungkin, saya sangat merindukannya. Kebiasaan itu.
Bagi si ibu, cukuplah apabila perut keluarganya mampu dipenuhkan. Kegembiraannya dia letakkan pada kepuasan orang lain. Sebab itulah, wajib seorang Muslim mentaati ibunya.
Kesunyian juga boleh jadi suatu fenomena yang membawa kepada kegembiraan. Bila dunia ini sunyi dan tenang, rasa lebih dekat kita pada Allah SWT.
Gembira *"Senyum, tak perlu kata apa-apa~"*
Mampu melelapkan diri juga merupakan suatu kebahagiaan yang tidak terhingga, terutamanya kepada pesakit insomnia. Bila saja mereka tertidur, esoknya bangun terus tulis pada Facebook: "Yeah, saya berjaya tidur semalam!!" *KASK*.
Ketidaksengajaan dalam menangkap situasi dengan menggunakan kamera... mendatangkan kegembiraan bagi sipenangkap gambar. Tidak kiralah DSLR kah, Carl Zeiss kah atau Hazel J20i sekalipun, jika kita mampu menghargai hidup ini  melalui pemerhatian teliti pada gambar, pasti akan terbit rasa bahagia.
HAHAHA, sampai sini sajalah. Jangan lupa, cuba cari punca kegembiraan anda dan simpankannya pada tempat paling selamat. Kalau bersedih, keluarkan punca kegembiraan tadi dan hapuslah air mata anda. *Selamat bergembira :)* 




11 comments:

  1. gendang gendut tali kecapi,
    kenyang perut suka hati.

    gembira la tu kan?? hehehe....juz passing through....XD

    ReplyDelete
  2. Sy suka nih entriii!!!!! Gahh.. Suka nampak gambar2 kucing2 ko (kesalahan ayat) rasa mcm mau hidu ja!!! Sy rindu bau kucing sy.. *sniff2*

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya, entri ini mengingatkan saya kepada jutaan lagi perkara yang pernah saya lalui. Pasal kasih-sayang. Tengoklah kalau saya boleh pos perkara-perkara tersebut. :S

    ReplyDelete
  4. aww~~ sy x pandai tulis entri mcm neh.. sy malu~~ HAHA.

    ReplyDelete
  5. Seriously.. apa2 yang berkaitan perasaan (jenis nih, bukan rage n so on) susah ooh.. baik pendam sendiri2.. Ko berani.. guna eww-ish word lagi tuh..

    ReplyDelete
  6. Hahaha.. Different people, different way, right? Guess... things are like that. Were you offended? But if so, I HELL CARE!!!!!!!!1

    ReplyDelete
  7. offended? PERGHH.. minta maaf laa.. benda besa ja neh.. suka hati ko la apa mau tulis punn.. sy baca juaa :) dan mungkin akan meninggalkan komen.. huhu~ memang different people, different way, support 100%. BTW, penggunaan bahasa ko sejak kebelakangan nih semakin..kasar? x la bagi sy, sebab sy memang besa guna, yang lebih extreme pun ada, cuma ko, ehem. Lain sket, ko kan budak bekk...

    ReplyDelete
  8. HAHA.. tiadalah, bro. Ada tekanan sedikit; di atas tu cuma gurauan ja. Maaf atas kekasaran bahasa saya. Serius:- didn't mean it.

    ReplyDelete
  9. Tekanan? HUAHUA. Ehh, bukan.. Sy bukan kc maksud komen ko di atas2 tuh.. Maksud sy dalam entri bh.. Manada sy terasa tuh, jan ko risau..

    ReplyDelete

Ohana :)