Somebody wants you,
Somebody needs you..
Alangkah mengarutnya lirik lagu blog saya ini *ehh!? blog sendiri pun dikutuk* adakah dia kata seseorang memerlukan saya WAHAHAHA. Saya ini nobody-lah.. siapalah perlukann.. *ehh, cakap pasal memerlukan, apa pendapat kau pasal kekasih; sejauh mana mereka saling memerlukan?* amboi~~pandai kau pancing saya masuk ke dalam topik. Tidak apa, kali ini saya jawab jugalah; atas pengetahuan sendiri.
Sains dengan rasa bongkak dan 'ujubnya mengatakan bahawa manusia sebenarnya terkait hanya secara seksual. Apa yang kita lakukan untuk menarik dan mencintai kaum berlawanan jantina itu berorientasikan keinginan seksual dan keperluan untuk mengekalkan spesis. Memang pendapat ini kedengaran bahlul dan sememangnya tolol. Ini adalah jawaban eskapisme yang digunakan untuk menjawab persoalan kewujudan cinta.
Seorang manusia, berapa bijakpun dia; tidak akan pernah sanggup mengatakan cinta kepada pasangan hanya untuk melampias keperluan spesis. Manusia paling dangkalpun tidak bermasalah untuk memvonis kepercayaan ini. Perhubungan antara jantina itu bukan sekadar atas dorongan seksual, mahupun keperluan untuk mengekalkan spesis ataupun untuk memenuhi fitrah zahiriah manusia.
Jijiknya sains untuk menafikan kewujudan cinta; suatu perhubungan yang berada di luar keupayaan sains untuk menerangkan wujudnya. Cinta itu tidak akan mampu diukur dengan radas apapun; ia dikesan dengan hati yang jujur. Cinta adalah WiFi terkuat manusia, cinta bukan sahaja merentas tempat dan masa, malah golongan dan bangsa. Sudah tentu sains tidak mampu untuk menerima tamparan hebat ini.
Saya pernah bertanya kepada beberapa orang ateis; sanggupkah mereka mengatakan kasih mereka terhadap anak masing-masing hanyalah suatu keperluan evolusi, suatu reaksi kimia dan psikokimia. Kesemuanya menjawab dengan putar belit yang sangat kreatif, tapi seorang mulhid berjaya menarik perhatian saya. Namanya Ibnu Waqqas. Katanya, lama dia memikirkan soalan saya itu, dengan sepenuh upaya dia menolak subjektiviti dan keghaiban cinta. Semoga Allah SWT memberikannya petunjuk.
Berbalik kepada soalan Sven, saya berpendapat keperluan itu bukanlah suatu kemestian. Cinta mungkin tidak berupaya memberi kesan kepada perubahan fizikal secara langsung. Secara biologinya, kita tidak memerlukan cinta tetapi naluri kebinatangan (periksa: teori otak tri-tunggal).
Tetapi keperluan cinta menjalar lebih jauh daripada itu. Cinta melengkapkan kejadian manusia, cinta memanusiakan manusia. Cinta menjadikan manusia sebagai makhluk yang bermaruah dan mempunyai harga. Sedang makanan, udara dan air memenuhi keperluan fizikal, cinta menyuapkan jiwa dengan rasa penghargaan; cinta adalah penghargaan.
Nasionalisme juga sutau jenis cinta |
Sepasang kekasih... lihat situasi. Kalau sudah berkahwin, maka kita mampu jamin bahawa percintaan itu suatu keperluan baginya. Jika belum, kemungkinan untuk cinta itu berlabel palsu adalah sangat tinggi; bercinta di luar perkahwinan adalah suatu hal yang harus diperhatikan. Ini adalah perhubungan yang bertujuan untuk memenuhi kehendak dan bukan keperluan ruhani tadi.
Inilah jawaban saya.
"Andai aku mampu mendapatkan sesuap cinta; akan kuserahkan seluruh jiwa untuk mendapatkannya.."-J. Janouse
Cinta ni ibarat dadah...silap tujuan, maka rosaklah akhlak, lahirlah maksiat dan anak luar nikah...tapi kalau betul caranya insyaAllah....sejahtera hidup..
ReplyDeleteTIDAK! Kalau merosakkan, itu bukan cinta namanya.
ReplyDelete