Wednesday, June 29, 2011

Para Kekasih Rasulullah (SAWS)

Salaam... hari ini mahu berkongsi suatu petikan sirah pendek yang--kalau dihayati--mempunyai makna yang sangat berbekas dalam hati seorang Muslim, apatah lagi hati seorang Perindu Rasulullah (SAWS). Selami maksudnya, dan sama-samalah kita bermuhasabah diri.
Pada suatu malam, Nabi Muhammad (SAWS) mengimamkan solat sunat tahajud. Baginda memebacakan Surahtul Baqarah dan Surah `Ali Imran Para Sahabat tegak berdiri, tanpa merasa letin bosan dan tidak pula mereka meminta keringanan.
Tiba-tiba, Nabi Muhammad (SAWS) bersabda, "Abdullah bin Mas`ud, bacakan untukku surah ini". Abdullah bin Mas`ud kehairanan dan menjawab, "Apa layakkah aku membacakannya sedangkan kepada engkaulah Al-Qur`an ini diturunkan?". "Aku senang mendengarkan bacaannya dari orang selain aku", jawab Rasulullah (SAWS).
Abdullah bin Mas`ud pun membacanya dan Rasulullah (SAWS) mendengarnya, sehinggalah bacaan Abdullah bin Mas`ud sampai kepada Surahtun Nisaa`, ayat 41:
"Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka) dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?"
Mendengarkan bacaan ayat itu, Rasulullah (SAWS) menitiskan air mata. Abdullah bin Mas`ud berkata, "Baginda berasa sedih kerana baginda akan menjadi saksi atas umat Muslim di akhirat". Beliaupun melewati Para Sahabat, lalu menangis. Para sahabat bertanya, "Apakah yang membuatkan engkau menangis, ya Rasulullah?". Baginda menjawab, "Kerinduanku kepada kekasihku...". Para Sahabat kehairanan lalu bertanya, "Bukankah kami kekasihmu, ya Rasulullah?"
"Kalian adalah sahabatku. Sedangkan kekasihku adalah yang datang selepasku, lalu beriman padaku dan Al-Qur`an, padahal mereka belum pernah bertemuku.."
"Tahukah kalian siapa antara mereka yang paling beriman?"
"Malaikat."
"Bagaimanakah mereka tidak beriman, sedang mereka berada di sisi Rabb mereka?"
"Para Nabi."
"Bagaimana pula mereka tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka?"
"Kami, wahai Rasulullah..."
"Bagaimanakah kalian tidak beriman, sedang aku berada di tengah-tengah kalian?"
"Lalu siapakah mereka itu, wahai Rasul Allah?"
"Orang yang paling kuat imannya adalah kaum yang datang selepasku, di mana mereka beriman kepadaku dan kepada Al-Qur`an, padahal mereka belum melihatku".
-dipetik dari: 'Lautan Al-Fatihah', karangan Khalid Al-Jundi.
Setelah membacakan sirah di atas, apakah kita masih ragu-ragu dengan kasih-sayang Nabi Muhammad (SAWS) terhadap kita? Jika hati anda bergetar saat mengimbas semula potongan siraah ini, maka ketahuilah anda di jalan yang benar. Jangan pernah toleh ke belakang, teruskan memperjuangkan apa yang Nabiyullah (SAWS) telah perjuangkan.

Saya tiada hak untuk memperkatakan ini dan itu, cuma ingin mengingatkan bahawa keIslaman kita ini berasbabkan Nabi Muhammad. Sekurang-kurangnya berselawatlah ke atas Baginda. Dan akhir sekali, kita nilai semula; apakah yang telah kita lakukan untuk menghargai jasa Habibullah ini? Sama-samalah kita merenung perbuatan kita yang lalu mahupun yang akan datang. Biarlah apa aktiviti sekalipun, cuba landaskan pada firmanullah dan sabda Nabi Muhamad (SAWS). Wallahu`alam.

3 comments:

  1. Tuan,

    Permohonan Untuk Berkongsi Entri Ini

    Perkara di atas adalah dirujuki.


    *hehe....bole2??

    ReplyDelete
  2. Tuan,

    ::Memberi Kebenaran Berkongsi Ilmu::

    Dengan ini, saya pemilik kosmos memebernarkan agar dikongsikan apa sahaja perkara yang terkandung di dalam blog ini yang dirasakan mengandungi ilmu. Perkongsian boleh dilakukan dengan apa saja cara; menyalin URL, [ctrl + C]][ctrl + V], mengepos pautan dan sebagainya. Ndak kisah pun.. inshaAllah.

    ReplyDelete

Ohana :)