Saturday, July 16, 2011

Dalam Gembira & Meriah: Kalaulah..

Salaam... entri ini saya mahu pos gambar dalam blog. Benci tengok gambar terlalu banyak, terlalu semak dalam telefon bimbit. Lepas 'Send via Bluetooth', terus di'Delete'. HAHAHHA
Hey, saya baru perasan satu benda... saya rasa saya ni macam wartawan/redaksi maktab pula. =,=". Ahh, hantamlah bha kan?? *Ish, tidak malu bha... perasan wartawan lagi* Sven, ini blog gue, yah. 

Semalam, ada pertandingan nasyid intra-kolej. Biasa-biasa saja, semuanya, seperti kontes suara biasa. Ada penyanyi, suara latar, vokalis mantap, ma'azif dan penonton yang ghairah. Saya pun salah satu penonton; menghayati lagu yang dibawakan kesemua lima kumpulan.

Namun dua perkara menarik perhatian saya semalam. Pertama adalah penampilan berani kumpulan yang pertama sekali membuat persembahan. Mereka berpurdah. Dihijab oleh mereka, dari paras batang hidung ke bawah muka dengan kain hitam. Subhanallah, sejuk hati. *Kalaulah semua Muslimah memakai pakaian seperti itu ke kuliah, pasti kurang kes sosial...* amiin.

Kedua adalah lagu bawaan kumpulan hanzalah sawt Amar Safwan. Lagu yang berkenaan dengan Rasulullah.. pandai mereka bermain perasaan dengan hanya menggunakan suara. Terus bertandang rasa rindu pada Baginda SAW. *InshaAllah Yassin... kita berjumpa dengan baginda di Syurga* Hah, itulah yang merisaukan saya... :[

Apapun, sila pinjam masa anda dan lihatlah suasana semalam:-








No comments:

Post a Comment

Ohana :)