Sunday, July 17, 2011

Pada Setiap Kemungkinan (Mungkinkah??)

1. Salaam...  
Baru sahaja mendengar ceramah dari Datuk Dr MAZA. Beliau yang mempertahankan kemubahan demonstrasi, saya kira mempunyai hujah yang berpatutan. Tetapi, saya masih mahu sentuh satu persoalan yang beliau timbulkan.
"Apakah dalil yang digunakan oleh Kerajaan yang mengharamkan rakyat untuk berjalan di jalanraya?" -Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin 
Terdapat beberapa soalan:-
 i.  Apakah pula dalil yang digunakan perusuh bagi meruntuhkan/mengaibkan pemimpin? 
ii.  Apakah pula dalil yang mampu menyokong usul bahawa demonstrasi adalah suatu cabang jihad?
iii. Apakah dalil yang mampu membidas hadith ini:
"Sesungguhnya Allah SWT mengeji orang yang keji dan membuat perkara keji dan menjerit-jerit di jalanan" -Hadith Riwayat Abu Dunya dari Jabir
Apapun, saya menghormati pandangannya beliau. Beliau ada hujah tersendiri, manakala sayapun ada hujjah sendiri. Biarlah kebenaran menyinar dengan sendirinya dan bukan atas paksaan. Ehh-- lagipula, bukan itu yang saya ingin beritakan hari ini. 


2. Masa saya sedang mendengar ceramah Dr Asri itu..
..saya menangkap suatu kata-kata yang membuatkan saya berfikir.. sangat mengujakan saat sedar perkara itu. Ia mungkin mengejutkan anda juga. Mahu tahu?

Masa beliau menyebut berkenaan baju 'BERSIH 2.0' (kuning), otak tiba-tiba menyala. HAHA releks dulu, yah. Jangan gopoh menuduh gelojoh. Hujah belum dibuka, pekung sudah terlabuh. Kita simpan perihal baju kuning ini. Sabar sedikit, boleh?

Uhm. Baiklah. Sebelum kita menyentuh perihal baju kuning itu tadi, mari kita selak semula sebuah kisah dahulukala yang mahsyur dalam kalangan teoris konspirasi, yakni kisah Freemason dan gerak kerja Illuminati. 

Freemason merupakan sebuah pertubuhan bayang-bayang, yang bergerak bawah tanah di seluruh pelosok dunia. Misi utamanya adalah bagi mengambil alih dinamik sosial dan penduduk bumi agar mudah dibentuk atau dikaderkan menjadi tentera Dajjal secara tidak langsung. Lupa disebutkan bahawa, Freemason adalah organisasi  tajaan Yahudi dan bekerja untuk Dajjal. Tun Dr Mahathir Mohammad pernah berkata dalam suatu sidang OIC *mungkin Tun sudah melihat simptom-simptomnya. Justeru itu, beliau  menyuarakan pendapat beliau di OIC. Kalau betul begitu, tahniah Tun!*:
"We are actually very strong. 1.3 billion people cannot be simply wiped out. The Europeans killed 6 million Jews out of 12 million. But today the Jews rule this world by proxy. They get others to fight and die for them." -Konferensi 'Organization of Islamic Countries' (OIC) 16 October, 2003.
Berbalik kepada perbincangan: Dajjal dan para soldadu utamanya tidak memerangi mukmin secara terang-terangan. Mereka tidak akan pernah mengotorkan tangan mereka dengan darah goyyim. Seperti kata Tun di atas, "..they get others to fight and die for them..". Begitulah.

Mereka juga menggunakan simbol-simbol tertentu bagi beberapa tujuan tertentu. Ringkasnya: sebagai bukti penguasaan terhadap dunia, menimbulkan paranoia, menimbulkan perasaan terjajah (rujuk poin sebelum ini), mempengaruhi secara bawah sedar melalui kemahiran sihir Kabbalisme dan Tantrik (ini sedikit diragui kesahihannya) dan akhir sekali; sebagai persediaan untuk kedatangan "Penyelamat" mereka, yakni Dajjal.

Simbolisme datang dalam pelbagai bentuk:- dari 'All-Seeing Eye', 'Pyramid', 'Kabbalah's Gate', 'Bohemian Owl', 'Wiccanism' sehinggalah kepada simbolik hedonisme berbentuk tantrik (seks, erotik). Kesemua ini ada dalam perancangan teliti pro-Dajjal. Simbol-simbol ini lambang keperkasaan Dajjal si Buta Sebelah itu.
Sebenarnya, pengolahan budaya dan simbol Dajjal datang dalam banyak aspek:- maksud saya, semua aspek. Sosial, politikal, ekonomi dan demografi; agama mahupun bangsa. Mereka putar belit masalah supaya orang lain nampak jahat dan mereka nampak baik. HAHA, baiklah sangat. Semua itu dibuat untuk meraih sokongan dan mengumpul rekrut. Dapat sampai sini?

Namun, penyebaran agenda mereka yang terbesar adalah melalui ideologi. Dari Komunisme, kepada Fasisme, Perenialisme, Pluralisme, Ateisme, Sekularisme, Hedonisme dan banyak lagi isme yang saya tidak sanggup untuk huraikan di sini. Ilmu belum cukup untuk menghuraikan benda-benda sebesar ini. Namun satu perkara yang pasti:- mereka menentangi golongan beriman (Islam/Kristian/da lain-lain). Gambar di bawah merupakan contoh logo ateisme di seluruh dunia. Peliknya, ia bertepatan dengan ideologi Masuniyyah.
Gambar sebelah kiri merupakan Tugu Peringatan Parti Komunis Kuomintang, manakala di sebelah kanan adalah logo DAP.  *Diambil daripada laman web seorang teman. Begitupun, kesahihan cerita ini agak kabur*, saya poskan untuk menguji sentimen kamu, saja.
Dahulunya, kaum Dajjal ini penentang ajaran Nabi `Isa AS. Usai Kristian ditunggang terbalikkan, mereka menjadikan barisan uskup dan patriarka itu sebagai jalan bagi menghalalkan beberapa lorong tertentu, serta menutup jalan tauhid untuk menyesatkan umat manusia dan kaum Muslimiin khususnya, ketika itu.
Kenapalah salib di kerusi Uskup itu terbalik.. hmm..
Kalau tidak percaya, cuba perhatikan ini: Kalau Kristian benar-benar taat pada Nabi `Isa, sepatutnya mereka membenci orang-orang Rom kerana nenek moyang orang Romlah yang kononnya menyalib Nabi `Isa AS. Ini tidak. Sudahlah melanggar sabda Nabi `Isa AS, mereka jadikan pula Rom sebagai pusat teologi dan rohani. Bukankah pelik?
Selepas Nabi Muhammad SAW, Nabi `Isa AS adalah manusia paling kerap difitnah. Fitnah itu sampai berubah menjadi dogma 3.2 bilion manusia sekarang ini.
Namun Allah SWT Maha Pengasih. Setelah Kristian dikorupsi, Allah SWT mengutus lagi nabi-nabi dan rasul-rasul selepas baginda Nabi `Isa AS. Dan yang terakhir dalam senarai nama itu adalah Nabi Muhammad SAW.  Jika saya pro-Dajjal, maka mungkin pada saat ini saya akan berkata, "Perancangan semakin mencapai kemuncak!" Kalaulah.

Maka dengan itu, perlulah kita sedar dan fakih bahawa tidak semua perkara di dalam dunia ini betul dan benar. Tidak semua harus kita serap dan bulatkan bersama jati diri. Syeikh Imran Hossien pernah menasihati kita bahawa dunia perlu dilihat dengan mata iman, bukan mata hakikat. Sihr hanya mampu dikesani dengan iman. Hanya boleh diperangi dengan takwa.

Jadinya, saya rasa kita sudah faham sedikit-sebanyak mengenai agenda Dajjal. Dapat diringkaskan kepada beberapa idea. Sebenarnya, panjang lagi penerangan yang diperlukan, tetapi di atas sudah mencukupi:
  1. Dajjal menggunakan simbol atas pelbagai tujuan;
  2. Penguasaan/penjajahan mereka bersifat menyeluruh dan bersepadu. Tiada pemesongan tujuan dsb., dst;
  3. Mereka menggunakan ideologi pelbagai untuk memesongkan pemikiran manusia, dan;
  4. Menggunakan ilmu hitam (tantrik, Kabbalah) untuk menyasarkan manusia dari tujuan penciptaan sebenar.
Apabila kita percaya bahawa kader-kader Dajjal ada di mana-mana dalam apa juga profesion dan jawatan, maka tidaklah adil jika kita mengatakan bahawa tiada satupun anak buah Dajjal di Malaysia, bumi Gemilang ini. Keprominenan Malaysia dalam mengepalai ikhtiar jihad membebaskan ummat Islam, membuatkan anak-anak buah Dajjal ini tidak senang duduk. Gundah tengok orang Malaysia kutuk propaganda sulit serta jahat mereka.
Gerakan Freemason di Malaysia semakin membimbangkan :(
Dan yang paling menggugah lutut pro-Dajjal ini adalah kemungkinan tamadun Melayu sebagai Bani Ta Mim yang cukup tinggi. banyak kajian oleh barisan penulis blog (MistisFiles, ParaPendakwah, AfterDarkWrites, Asal-Usul Orang Melayu, MyBskl) mendedahkan betapa tingginya potensi hulubalang untuk menjadi penjunjung panji hitam, berkalimah tahlil putih.

Maka sekali lagi, tidak hairanlah semakin banyak tekanan diletakkan ke atas kite demi untuk membenarkan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu menghantar bala tenteranya ke sini (Malaysia). Tidak perlu:- *generasi Cyprus a.k.a Iskandar Zulqarnain ini pandai selesaikan masalah sendiri (gelak perlahan)*.
"..dan pada majlis Raja Iskandar Zulkarnain datang kepada Paduka Seri Sultan yang diatas kerajaan sekarang maka adalah ia iaitu (talan) akan martabat raja pada hal perintahkan segala adat tuannya atas segala menteri itu. Maka dihimpunkan hukum itu di atas sembilan hukum." -Manuskrip 'Undang-Undang Kedah', m/s 49
“Alkisah maka tersebutlah perkataan raja benua China, setelah kedengaranlah kebesaran raja Melaka ke benua China, maka raja benua China pun mengutus ke Melaka bingkisan jarum sarat sebuah pilau,lain daripada sutera benang emas kimka dewangga, serta beberapa benda yang gharib-gharib. setelah datang ke Melaka, maka disuruh Sultan Mansur Syah jemput surat dari benua China itu, diarak seperti adat menyambut surat dari benua Siam. Setelah datang ke balairung, maka disambut oleh bentara, diberikan kepada khatib, lalu dibaca khatib demikian bunyinya:
“Surat di bawah cerpu raja langit, datang ke atas mahkota raja Melaka. Kita dengar raja Melaka raja besar, sebab itulah maka kita hendak bersahabat, berkasih-kasihan dengan raja Melaka, kerana kita pun daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-karnain, sebangsa juga dengan raja Melaka, kerana tiadalah ada dalam alam dunia ini raja-raja yang besar daripada kita. Tiada siapa pun tahu akan bilangan rakyat kita; maka daripada sebuah rumah sebilah jarum kita pintak. Itulah jarumnya sarat sebuah pilau kita kirimkan ke Melaka.’’ 
-Petikan 'Sulalatus Salatin', m/s 131.
Dalam transliterasi oleh Ibnu Al-Manhar, yakni seorang penulis pustakaalmanhar.com, 'Zulkarnain' bermaksud 'Dia yang Bertanduk Dua'. Kebetulan? Ataukah penduduk segala Nusantara ini, waris darah Iskandar Zulkarnain yang terakam dalam Surahtul Kahfi itu?
*aahh, semakin jauh dari topik. Kembali semula, Yassin* Tidak bha.. seronok cerita pasal Bani Ta (Tanah) Mim (Melayu) ini. Baiklah, akan cuba saya kawal..

Sekarang lihat sekeliling kita. Apakah anda sudah dapat melihat tanda-tanda penjajahan Dajjal? Ada, yang pastinya. Pada partai politikus: agenda serta logo mereka. Pada badan ekonomi: juga hala tuju serta agenda mereka. Pada mobiliti sosial: cara dan tata, adab generasi Melayu sudah luput. Kekayaan budi bahasa Bani Ta Mim semakin buncah dikocak hedonisme, wahn dan anti-Zuhudisme.
'Illuminati Handsign', 'Checkered Effects', 'Omniscient Eye', 'Osiris Plagiarism', 'Lady in Red' dan akhir sekali: 'All-Seeing Eye' + 'Pyramid'. Perhatikan juga gambar terakhir itu.. ada dua belas orang penari berpakaian hitam, seperti melambangkan '12 Lost Tribes of Jews'.  Namun begitu, kita tidak boleh menuduh mereka semua ini Illuminatis/Freemasonis. Mereka mungkin berlagak sebagai patung/boneka perantara saja, tanpa mereka sendiri sedari. Itulah, hiburan di Malaysia sangat sendat dengan bukti-bukti penularan Freemason. Kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk menghalang penyebaran dogma Dajjalisme ini. Atau mungkin/nanti...
Sekarang barulah kita boleh kaitkan dengan pergerakan di Malaysia baru-baru ini. Kita bercakap secara umum ya, tanpa apa-apa provokasi. Sayugia diingatkan bahawa ini cumalah imaginasi berkemungkinan saya, sahaja. Mungkin, tetapi bukan betul.


3. Kenapa Berbaju Kuning & Merah?
Persoalan ini saya ingin lontarkan, tetapi tidak tahu kepada siapa. Maka saya lontarkan di sini sajalah untuk tatapan. Ketika asyik melayan fikiran, saya terimbau Samiriisme... takkanlah. Tapi kalau betul, astaghfirullahal aziim. Rasa ingin tahu, saya buka balik blog dulu (tidak berfungsi sudah, kerana ada blog ini). Kepalang terkejut saya.

Tenang. Cuba pujuk diri agar tidak emosional, tidak 'biased' dan sentiasa realistik. AHH!!! Sukar untuk mengusir keraguan ini. Sila bersikap terbuka ya, semua. Saya--sebagai manusia--cuma dan suka berandaian.
Adakah ritual pengorbanan anak-anak kepada Moloch, oleh golongan Freemason
menjadi jawaban kehilangan misteri 1293 kanak-kanak di Malaysia?
Untuk lebih teliti, pergi ke sini: AfterDarkWrites.

Kisah kaum Samiri yang mengingkari larangan Nabi Musa AS. Ketika pemalingan kaum Israel ini,
Nabi Harun jadi penjaga. Malangnya, Nabi Harunpun--dengan kehendak Allah SWT--tidak dapat berbuat apa-apa.


Seorang tokoh Freemason, Brother Harold A. Kingsbury dari Massachusetts berkata, bersumberkan 'The Builder July', tahun 1919:
"Kuning kepada tamadun lampau merupakan simbol cahaya. Meskipun tidak ditekankan dan sangat, sangat tidak dikesan dalam Masonik, kuning tetap warna simbolik sebenar Masuniyyah, dikeranakan ia melambangkan perkara hebat kepada ahli Masonik berkenaan pada mana ketaatan hasil Pencarian Masonik, dan kepada sumber jalan Masonik ia menuju kepada cahaya.." 
"Merah adalah warna api, dan api kepada orang-orang Mesir Purba, merupakan simbolik regenerasi dan pembersihan jiwa. Maka dalam Masuniyyah, merah menjadi simbolik REGENERASI. Merah diamalkan oleh 'Royal Arch Degree' yang mendidik berkenaan perihal regenerasi.."
Seorang lagi tokoh Freemason, Brother Leon Zeldis dalam artikelnya 'Colour Symbolism in Freemasonry':
"Kuning jarang kelihatan di 'lodge' melainkan di Kontinen. Ianya warna dua makna;  mewakili keterbaikan dan keterburukan, warna gangsa dan madu, malahan warna sulfur dan PENGECUT. Kuning adalah Kesempurnaan pada Zaman Keemasan., kualiti Jubah kulit bulu emas yang tidak ternilai serta Epal Emas Hesperides. Ia juga warna peleka yang ditampal pada orang Yahudi sebagai lencana REPUTASI GANAS, dan pada abad ke-16, pintu rumah PEMBELOT dicatkan dengan cat kuning..."
"Merah atau bara, warna api dan haba; adalah diakitkan secara tradisional dengan perang dan ketenteraan. Paludamentum Roman, jubah pakaian jeneral, berwarna merah. Warna darah dikaitkan secara fitrah dengan IDEOLOGI PENGORBANAN, PERGELUTAN dan KEPERWIRAAN. Ia juga simbol kebajikan, ketaatan, penolakan--mungkin sepertinya pelikan yang menyuapkan anaknya dengan darah sendiri"
4. Kesimpulan peribadi: Adakah politik Malaysia benar-benar dicaturkan oleh golongan Ultra-Elit/Freemason/Illuminati seperti yang diduga ramai? Ataukah ini semuanya hanya kebetulan yang berulang-ulang, dan berulang, dan terus berulang? *Lihat pada penulisan, saya tidak 'biased'. Ini cumalah pemikiran kolektif yang saya kira, sangat berharga untuk diselidiki dengan lebih dalam.*


Oh ya, saya akan cuba mengkaji dakwaan bahawa negara Malaysia memang sudah dirancang jauh sebelum merdeka *itu bukan pasal Laporan Miller kah tu?* Ya.. doakan saya diberi hidayah, kekuatan. Semoga tidaklah tersesat sejauh-jauhnya.

Saya cuma menulis dan mengepos; anda menilai. Wallahu`alam.

3 comments:

  1. Semuanya mungkin. Ulang: MUNGKIN. Ini adalah observasi kolektif saya, sekadar tanggapan. Jadi kalau ada kesalahan, maka saya dipertanggungjawabkan.

    ReplyDelete

Ohana :)