Sunday, July 31, 2011

Pelan A Ke B; Durian Ke Burger

Salaam.... banyak perkara berlaku kebelakangan/dua hari ini dan saya rasa amat puas. Akhirnya selesai juga masalah saya dengan mamat ni. *Siapa!?*. Alaa, yang saya ceritakan baru-baru ini tu. Pasal kami bertegang minda. Gembira sangat dan alhamdulillah; segala puji hanya untukNya.

Uhm. Di bawah merupakan gambar-gambar yang saya poskan mengikut kronologi. Kapsyen akan menerangkan maksud dan tujuan gambar.

Bubur gandum plus durian ihsan Abang Kafeteria. Sedap dan mahsyuk, kerana ianya lemak dengan pati santan dan percuma. You heard that right, people. Abang Kafe bagi percuma, dua bungkus bubur gandum + durian.
Aduhailah... sedapnya rasa bubur ini. Menyesal tidak mengambil tiga, empat bungkus hari itu. Tidakpun lima. *Abang Kafe, nak lagi~*. Dude, you sounded like fag; WAHAHAHA.
Dalam perjalanan ke surau pula, saya dihalang (kuit~) oleh seekor kucing tua dan berbau. Asyik mengiau ja, macam minta sepak. Yang paling bikin waa panas adalah masa dia mengekori waa, macamlah waa ini ada ekor. Kalau ada ekor, hah, barulah boleh dia ekori. *Lawak jahil* HAHAHAHA... ndabha. Kucing ini sangat kiut sehingga saya rasa macam mahu peluk saja. Entahlah, dua tiga hari ini, saya betul-betul perlukan pelukan (rindu adik-beradik. Pelukan merekalah yang terbaik).
Dan saya juga turut menemukan ini; dua ekor anak kucing--satu orang, satu kelabu--sedang mengiau dari sebalik jeriji di kedai fotostat sebelah kedai runcit koperasi. Comel siot, tercabar saya *kenapa tercabar?!*. Ehem. :P'
Saya kasihan melihat mereka berdua mengiau kelaparan. Keji betul manusia yang perangkap mereka dalam jeriji itu. Patutnya sipemerangkap yang diletakkan di dalamnya lalu dibugilkan. Zalim kot.
Saya terfikir untuk melepaskannya, tapi macamana? Jeriji terkunci rapat. Kejam.
Apapun, hidup sebagai manusia perlu terus. Derita makhluk lain kita letak tepi dan utamakan dahulu kebajikan sesama spesis.
Manusia.
*Bunyi macam zalim*.
WAHAHAHAH--kebajikan manusia kita isikan dengan keperluan, diikuti kehendak. Dan kehendak saya semalam adalah untuk makan durian. Siap setkan mahu makan tiga biji lagi LOL. HAHAHAHA, saya bawa Ewi, Ooi dan Aizat. Amat dan Leroy menolak dan tiga nama sebelum itu mengangguk turut serta. Setelah perbincangan yang agak lama, kami bersetuju untuk menggunakan kuasa lokomotor kami dengan berjalan ke sana.
Ternampak kren ini, dalam perjalanan ke sana.
Dua saudara ini berbincang pasal kemungkinan yang mereka hadapi bila sampai ke gerai buffet durian itu nanti. Berlawak.
Dan tiada. Durian habis. "Satu habuk pun tarak", seperti kata orang Semenanjung. Jadinya berubah kepada Pelan B *sebenarnya mana ada Pelan B. Si Yassin main hentam ja bhei*. Adalaa--yakni pelan memasak burger. Terus ke JUSCO untuk beli barang yang perlu untuk melaksanakan agenda itu. Sementelahan Ooi pergi mengejar kawannya, Kelvin.
Saya sunting. Terbayang bunyi robotik seorang wanita bergema;
"Selamat datang ke masa hadapan"
Sesuatu seperti itu.. pasti kool.
Nampak treler panjang ini sedang beristirehat di bawah teduh pokok ara. Hazel mainkan peranannya, saya tekan saja.
Berjalan kaki, mencari teksi. 
Cantik, kan? Gambar ini dirakam sewaktu kami bergeral balik. Singgah Velodrum sekejap dan menikmati makan petang (milo ais + mi goreng ayam). Di sinilah kamu berkeputusan untuk melaksanakan projek makan burger kami. ;)
Menggambar kubis bunga yang cantik. Serius, kalau anda ada mata yang tajam serta afektif; anda akan nampak hutan dan kehidupan di dalamnya.
Dua buku, satu model yang sama. Di MPH ketika terbeli buku Saari Sungib.
Masa ini, kami sedang menunggu peluang untuk mendirikan solat di surau JUSCO. Yalah, suraunya sangat kecil dan tersisih. Berani saya katakan, suraunya didirikan hanya setelah ada saki-baki bahagian tidak digunakan dalam peta cetak bitu bangunan. Ramai siot~
Tetapi, dua perkara saya belajar ketika memerhatikan jemaah itu sedang bersolat. Mereka tidak merapatkan saaf. Sebab itulah tidak cukup ruang dan ironisnya apabila apa yang saya pelajari itu boleh diaplikasi dalam kehidupan sebagai manusia; perlu rapatkan diri dengan para jemaah lain. Bukan kita seorang saja Muslim, jadi berhematlah.
Kedua, *sememangnya negara ini tidak memberikan kemudahan yang cukup kepada penduduk majoriti (60%) negara ini* Tidak, bukan itu yang saya belajar. Saya belajar erti bersyukur, sebab kalau di negara lain, mungkin lebih sukar. Hargai apa yang kita ada. Bersabar.

Habis berputar cari buku, kami terus beli barang keperluan. Sayur-mayur, roti burger dan daging Ayam A1. Sempat pula bergaduh pasal lada hitam dan sos barbeku. Saya belanja dua kawan saya aiskrim (kacang merah) *kemajuan dalam aspek simpati... WIN!*. Sedap kowt, tapi keras sikit. Atas dasar obsesi, saya telan tanpa bersisa sikitpun.
Hasil modernisasi.
'BEST'
...
...
...
Is it?
In our way back home :) *ZzZzZz*

InshaAllah, gambar semasa kami memasak dan menelan burger bujang akan terpos juga *HAH, sudah dua janji: satu pasal '`Ulama = Saintis' dan satu lagi pasal ini*. Baiklah, tiada masalah.

No comments:

Post a Comment

Ohana :)