Salaam... sebetulnya, saya tidak layak mengkomentar tajuk sebegini besar, sebegini mulia. Namun desah hati dan perasaan serta secebis imaan menolak saya untuk menuliskan jua. HAHA, maka kalau penerangan berlawanan dengan fakta, saya memohon maaf. Setiap manusia berlaku zunub, bukan?
Ulama....apakah maksud sebenar istilah ini? Siapakah yang benar-benar layak menyandangnya dan atas hujjah apa pula mereka memperkatakan sedemikian? Saya akan bawa anda meneroka ke satu alam karya saya (atas pengaruh Syeikh Al Kabir dan Djohan Afendi. Mereka berdua teologis-mantis yang cukup mantap. Tahu apa mereka gagaskan?
Mereka mengatakan bahawa manusia yang hari ini kita gelar sebagai `ulama:- yakni golongan agamawan bukankah `ulama menurut Al-Qur'an. Mereka berpendapat bahawa `ulama adakah saintis, baik secara harfiah mahupun fahmiyyah. Dalil mereka senang sahaja:
Perkataan `ulama adalah terbitan dari perkataan `Arab, '`ilm' yang bermaksud ilmu. '`Ulama' bermakna 'mereka yang berilmu', atau ya`lamun menurut Surahtul An`am ayat 97 di atas.
Dan mengejutkan juga apabila perkataan 'scientist' juga merupakan terbitan perkataan '`ilm' yang dalam Bahasa Latinnya digelar sebagai 'scienta'. Secara transliterasinya, 'scientist' bermaksud 'mereka yang tahu'. Mengejutkan, bukan?
Ummat zaman sekarang ini sudah terlalu lama berpegang pada pernyataan, "ulama adalah mereka yang pakar dalam agama", sedangkan pada Surahtul An`am, ayat 97, ya`lamun atau sinonimnya `ulama bermaksud "mereka yang mengkaji kejadian alam sebagai tanda wujudnya Tuhan". Menurut Al-Qur'an, ini maksud sebenar `ulama.
Syeikh Al-Kabir pula dalam pada itu menyatakan bahawa orang yang pakar ilmu agama itu adalah 'habar' menurut Al-Qur'an. Dan juga dipanggil fuqaha dan bukan `ulama. Bagi dua manusia yang saya sebutkan di atas namanya, penggunaan istilah `ulama hanya untukpengkaji kejadian alam, yang kita gelar sebagai saintis.
Adalah banyak `ulama di luar sana, kalau begitu. Meteorologis, botanis, zoologis, marinologis, vulkanologis, kosmologis, geologis dan banyak lagi. Saya rasa ada logiknya dan saya rasa ianya perlu huraian panjang. Akan diposkan di blog ini, nanti. InshaAllah~
No comments:
Post a Comment