Thursday, August 4, 2011

Tadabbur #4: Hadith & Kelebihan Berpuasa II

Salaam...mari kita teruskan dengan mentadabburi beberapa kelebihan lain bulan Ramadhan. Pada pos sebelum ini, saya telah menyatakan tiga kelebihan utama menurut beberapa potong hadith dari Sahihul Bukhari dan Sahih Muslim, yaitu; penjagaan adab, jaminan syurga dan pengiktirafan "bau orang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari kasturi". 

Alangkah Pengasihnya Allah Subhanallahu wa Ta`ala terhadap kita, sedang kita selalu melalaikan rahmat serta rukhsah ke syurga yang Ia bentangkan di hadapan mata kita. Bagaimana lalaipun kita, pintu taubat dan pintu rahmatNya masih luas terbuka. *Hurmm... saya sendiripun terlalu berat untuk berubah, oleh itu; sama-samalah kita bermuhasabah diri.*

1. Limpahan rahmat Tuhan. Allah SWT turut memberikan perlindungan buat mereka yang memperhatikan puasa dengan penuh tekad perlindungan daripada sambaran hangat api neraka. Sesungguhnya, janji Allah itu amatlah benar dan jika diimani dengan sepenuh jiwa, maka tiada yang mustahil.

Allah SWT menutup pintu neraka, membuka pintu syurga, menghadiahi Lailat `Ul-Qadr, melipatganda pahala dan memberikan pula rukhsah dalam ibadah ini. Dia mengiktiraf mereka (yang berpuasa) dengan setinggi-tinggi pengiktirafan terhadap makhluk dan menjanjikan pula agar syaitan diikat, rahmat ditambah serta pintu pengampunan dibuka dengan seluasnya. Hibbah solat sunat tarawih dan jaminan Ar-Rayyan juga tidak patut kita lupakan. Subhanallah...

Belas kasihan Allah SWT tidak mungkin bisa terganti dengan apapun juga nikmat dunia. Menurut Khalid Al-Ghazali dalam tulisannya, 'Lautan Al-Fatihah', mukasurat 117-119 menyifatkan bahawa Allah SWT itu sangat tinggi nilai mawaddahNya terhadap makhluk. Meskipun kita ini tersangatlah hina jika dibandingkan dengan darjatNya sebagai Tuhan; limpahan kasih sayangNya lebih teguh dari kasih sayang seorang ibu terhadap anak kandungnya; menurut riwayat Ahmad (sila perbetulkan jika saya memberi sanad). Inilah yang diperkatakan dalam tiga potongan hadith Nabi seperti yang di bawah.

Sahih Muslim: Buku 006, No. 2570, 2571 dan 2572:
Abu Sa'id al Khudri r.a melaporkan bahawa Rasulullah (SAWS) bersabda: "Setiap hamba Allah yang melaksanakan puasa untuk sehari pada jalan Allah, (maka) Allah akan menjauhkan, kerana hari itu, mukanya jauh dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun jarak." 

Sahih Bukhari: Jilid 3, Buku 31, No. 123:
Abu Hurairah r.a melaporkan bahawa Rasulullah (SAWS) bersabda: "Apabila Ramadhan bermula, pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup dan syaitan dirantai."

Sahih Bukhari: Jilid 3, Buku 31, No. 125:
Abu Hurairah r.a melaporkan bahawa, Rasulullah (SAWS) bersabda: "Barangsiapa mendirikan sembahyang pada malam Lailatul Qadr dengan keikhlasan iman sedang dia berharap ganjaran daripada Allah, maka semua dosanya yang lalu akan diampunkan; dan barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan keikhlasan iman, dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, maka kesemua dosanya yang lalu akan diampunkan."
*Semoga mendapat iktibar, dan:- selamat berpuasa! :)*

Tadabbur #4: Hadith & Kelebihan Berpuasa I

Salaam... sekali lagi; puasa. Hari ini sudah masuk hari keempat bulan Ramadhan, dan kita sudah semakin hampir mendekati bulan Syawal yang mulia. Semakin meninggalkan bulan saumm.

Pernah dahulu saya mendengar suatu hadith yang berbunyi seperti ini, "Jikalau ummatku tahu rahsia/kebaikan Ramadhan, nescaya mereka akan meminta agar dijadikan kesemua bulan sebagai bulan Ramadhan". Lebih kuranglah.

Hmm, saya baru melihat kebenaran kata-kata itu. Dari Anas ibn Malik r.a, Rasulullah SAW bersabda; "Bersahurlah kalian, sesungguhnya di dalam sahur itu ada barakah" [Sahihul Bukhari: Kitab 15, Bab 1183 No. 1789]

Perasan tidak, beberapa perkara di bawah kerap terjadi ketika bulan Ramadhan:
1. Lebih khusyuk dalam solat berbanding hari-hari biasa
2. Pembelajaran jadi lebih mudah
3. Angin kerap bertiup dan berbeza pula tiupannya.
4. Akal jadi lebih tajam
5. Makanan yang dijamah rasa lebih lazat dan penuh nikmat
6. Perhubungan dengan jadi lebih rapat.
7. Hati lebih ringan untuk menyelak helaian Al-Qur`an

Entahlah, ini perasaan sayalah. Yang paling ketara adalah kelmarin lalu, semasa sedang menghadap talam,  masa mahu berbuka. Seingat saya, Razvi pun turut memperhatikan keabnormalan itu. Angin tiba tiba bertiup dengan suatu rasa yang ganjil. Pelik---ataukah mainan perasaan? Entahlah; yang penting ada hikmah (balik ler, kepada topik). *Mengapa Rasulullah SAWS berkata "...nescaya umatku akan menginginkan agar dijadikan semua bulan sebagai bulan Ramadhan?"*.

a. Menjaga adab. Bermaksud, ketika bulan puasa; ditekankan agar manusia menjaga keseluruhan anggota tubuh mereka. Dari rambut, sehinggalah kepada ibu jari kaki. Pemeliharaan sebegini sudah pastinya akan mewujudkan suasana yang lebih harmonis berbanding bulan-bulan lain.
 Sahihul Bukhari: Jilid 3, Buku 31, No. 118 :
Diriwayatkan oleh Abu Huraira
Rasulullah (SAWS) bersabda, "Berpuasa adalah perisai (atau pelindung atau penahan). Maka, barangsiapa yang berpuasa mesti mengelakkan percampuran dengan isterinya dan tidak boleh bersikap bodoh dan biadab, dan jika seseorang melawannya ataupun menyakitinya, dia patut memberitahu dua kali (orang yang melawan/menyakiti tadi), "Aku berpuasa".

 Sahihul Bukhari: Jilid 3, Buku 31, No. 127 (juga dalam Sahih Muslim: Buku 6, No. 2566 riwayat Abu Hurairah): 
Diriwayatkan oleh Abu Huraira
Nabi (SAWS) bersabda, "Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan jahat, Allah tidak bertanggungjawab dengan perbuatannya meninggalkan makan dan minum (i.e. Allah tidak menerima puasanya)"



2. Jaminan syurga. MashaAllah, siapakah yang tidak mahukan ini? Siapakah yang sanggup menolak pelawaan  Pemilik Jannah? Begitulah Maha Pengasihnya Allah--meskipun Dia Tuhan--tidak ada yang menghalangnya untuk menjemput sendiri para kekasihNya yang bernafas untuk memasuki SyurgaNya. Subhanallah... tiada Tuhan selain Allah.

Dalam Ramadhan, bukan saja dibukakan pintu syurga, malah pelaksana fardhu Ramadhan turut diberi jaminan syurga; jika bersungguh-sungguh mendirikan ibadah Rukun Islam ketiga ini.

 Jilid 3, Buku 31, No. 120 (juga dalam Sahih Muslim: Buku 6, No. 2569):
Diriwayatkan oleh Sahl
Nabi (SAWS) bersabda, "Ada sebuah pintu di syurga yang digelar Ar-Rayyan, dan barangsiapa yang menjaga puasa akan masuk melaluinya pada Hari Kebangkitan adan tiada selain mereka akan masuk melalui pintu itu. Ia akan berkata, 'Di mana mereka yang menjaga puasa?' Mereka akan bangkit dan tiada selain mereka akan masuk melaluinya. Selepas pintu masuk ditutup, dan tiada yang akan masuk melaluinya lagi"


3. "Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi dan kasturi di mata Allah". MashaAllah, begitu tinggi penghormatan yang Ar-Rahmaan berikan kepada hamba-hambaNya. Kasih sayang yang Ditunjukkan olehNya ketika bulan Ramadhan pasti memantapkan hati siapapun yang beriman dengan Allah SWT.

 Sahih Muslim: buku 6, No. 2567 (juga dalam Sahihul Bukhari: Jilid 3, Buku 31, No. 118):
Diriwayatkan Abu Huraira
Rasulullah (SAWS) bersabda, "Allah, yang Maha Mulia dan Maha Tinggi, berfirman: Setiap perbuatan anak Adam itu adalah untuknya kecuali sawm. Ia dilakukan untukKu, dan Aku akan memberikan ganjaran untuk puasanya itu. Demi Allah yang di TanganNya jiwa Muhammad, nafas mereka yang lakukan puasa adalah jauh lebih wangi kepada Allah dari wangian kasturi"

(bersambung....)

Wednesday, August 3, 2011

Tadabbur #2

Salaam... hari ketiga berpuasa pun tiba. Ndak rasa sudah 1/10 hari Ramadhan berlalu, kan? Memang hidup ini umpama roda, tapi dalam kes saya; nampak macam roda Aston Martin. Tidakpun, kereta Proton Spectra yang laju gila-gila (sarkasme).

Lepas hari ini; esok, dan esok, dan esok, dan esok... perulangan stanza kehidupan yang tiada noktahnya, tetapi masih saja mahu terus didendangkan. Dunia ini kejam, saya beritahu anda. Tiada jeda langsung untuk menarik nafas interbaris. Perlu terus dibacakan tanpa henti.

Jika anda seorang pemuisi, anda akan perasan betapa dekatnya--secara teori--simbolik sajak dengan jalan kehidupan manusia. Sedih, gembira, patriotik dan hipokrasi juga; menjadi tema sajak/kehidupan. Melihat kepada ini, mereka berdua ini saling tidak tumpah.

Tetapi barang diingat, kalau salah menulis sajak, masih boleh dipadam. Kalau salah dalam hidup?

Tentulah menjadi parut kekal. Kadang-kadang berkudis dan bernanah, macam yang Kari-Ngeri selalu tunjuk tu..

(alih bahasa)

*How should we deal with them (mistakes)?*

Letting yourself be carried away with problems is a suicide. And trying to ignore it is also a kamikaze act of not-so-smart sentient. So how?

Objectively speaking, there are a number of ways that are can be used (in accordance to the size, type and the gravitas of problem you are facing). Consulting the knowledgeable, reflecting and correcting past mistakes, recalling experience, incorporate knowledge-based solution are steps that are sufficient.

Now keep in mind that not all problems can be solved completely in one day. As the saying goes, "Rome was not built in one day" of which I think, quite synonymous with what I have previously said. Problems should be faced politely and in phases (depends on the size and weight of the said problem). Take time to sit back and have a mug of hot coffee while jotting possible solutions 

--and argue! Try to build self argumentation skills in you. It helps a lot in solving various problems (based on my experience). Facing problem, I always fight intuitively with him *someone call me hmm?!* HAHAHA. Though it seems like a "go banana" methodology, it works. Indefinitely :)

But all of these are incomparable to the way Allah have shown us. Allah's teaching will always stands evermore supreme as compared to what our humanistic cognitive mind could think of. He does not, you know, give a heavenly solution but merely motivates us. Energizing us with inspiration. And yeah, it solves the source from which a problem rises.Lt us take Take one question:

"Aaagghh!! It's damn hard-lah...how will I cope this? It's waay too inmpossible!"

And Allah SWT beautifully answers:
[94: 5] "Indeed for every hardship, there is an ease"[94: 6] "And for every hardship, there is an ease"[94: 7] "So when you have done (with one problem), keep on working (for other problem)!"
Is not it beautiful? How Allah first motivates His Slaves that this problem is solvable and then, in the end, motivates them to keep on solving other problem available. *Check another Holy Book, see if we can be demonstrated with similar solution*.

And one more step which Allah SWT have given in the very same Book (that is, Qur'an) is to always be dependent towards Him. Some people are arguing the necessity of being calmed down by the Unseen God. They believe God; but always putting Him a step behind. This is not the way it should be.

Talking through experience (again), I think we should prioritize Allah SWT over all things. When we are to solve a particular problem, for instance; ask Allah SWT first *why??* Why? Because this whole Universe is his, my friend. 
[1: 2] "All praise to Allah, the Lord of the Worlds!"
He knows His Creation far better than what we know about the same thing. So logically, when you are to resolve a situation, ask the owner of the situation first, that is Allah SWT. Allah SWT Hears, fellow friends. just.. have faith on Him. Make du`aa.
[67: 13] "And hide your voice (in context: problems) or unleash them. Indeed, He is the All-Knowing of all hearts' content"
[1: 5] "Thou we Worship and Thou are too, we seek Aid (and Guidance)"
[1: 6] "Guide us to the Straight Path"
And only after that, struggle to reach the success of problem-solving. Remember, struggling is part of the du`a. :)

Tuesday, August 2, 2011

Meminta Maaf

Salaam... alhamdulillah, akhirnya tamat satu tugasan; Pengantara Pendidikan. Tidak dinafikan saya agak terkilan apabila tayangan slaid yang saya kerjakan semalaman ditolak HAHAHA, ndak boleh salahkan juga pensyarah sebab yang salah faham konteks soalan itu, kami *Buat kumpulan saya, maaflah atas sebab apapun yang berkaitan dengan saya... sehari dua hari ini, memang saya stres bagai jaa*.

Kerjasama hari ini, saya pujilah. Memang PERGGHHH!!!

P/S: Sedih gilaa... gambar sudah tidak boleh di'upload' melalui blog ini *merancang untuk buat satu blog gambar. InshaAllah, siapa yang mau join...kekekekeke~*.

Meaning of Sentience

I walked along the ridge, As the Current of Ignorance blast my Pace,Unstable, I Recite my,God's name. A sudden Bravery, and Summoned Spirit, Dwells into me. With Limitless Heroism, I Stood still, For I will. This Unique Soul, breathes. Into my every Veins and Blood, Motivated me to recover my Sanity, unstained my dearly, Meaning of Life. Islam, it is What had built my Prowess,Urged my Inquiry, Made me Believe, There is a Meaning of Life..

Ohana :)