Salaam....ini adalah kesinambungan entri sebelum ini. Mengenai isu yang timbul berkenaan kepimpinan Kerajaan dan apa yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan isu itu. Entri ini dan entri sebelum ini adalah sangat tidak saintifik dan numerik; kerana tiada statistik akan dibentangkan. Sekadar pendapat sendiri.
Saya sudah memberi komen berkenaan isu Altantuyaa, bajet serta rasuah pada entri sebelumya. Secara ringkasnya, kita mampu simpulkan bahawa kontroversi, skandal dan konspirasi yang tidak terjawab akan menuntun pengundi untuk memangkah calon Kerajaan alternatif. Kesemua fitnah dan prasangka perlu dijawab dengan fakta, bukan disangkal dengan liputan verbal saja. Tidak cukup. Bukankah rakyat Malaysia "semakin bijak"??
Saya--untuk memilih--amat berat hati. Kalau pilih Kerajaan alternatif, bersalahan dengan prinsip, dan kalau pilih Kerajaan, nyata lagi salah etika *kau ada etika untuk semua*. Bukanlah, cuma... ahh, malas cerita. Saya ini konservatif, itulah klunya.
Sinis. |
4. Isu APCO. Inilah hujjah yang paling selalu sangat saya dengar dari mulut pembangkang. Mereka memfitnah Kerajaan sebagai pro-Zionis kerana melakukan suatu usul, yakni menuduh Mindteams Sdn Bhd--anak syarikat APCO--mencipta konsep '1Malaysia'. Perkara ini sudah tentulah menaikkan darah ummat Islam di Malaysia, yang kita tahu sebagai penduduk majoriti di Malaysia. Namun pada 22 April 2010, badan judisiari Malaysia telah menyetujui suatu usul untuk menggantung Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Parlimen kerana pertuduhan beliau yang tidak berbukti, dan kerana Datuk Seri Najib ada hujah bernas *kenapa macam biased?* tidak.. ini faktalah dari Reuters.
Untuk memenangi hati rakyat: sabar dan jangan stres tidak tentu pasal. Dan jangan pula jadikan ianya sebagai modal untuk menghalalkan fitnah. Golongan yang terbaik adalah golongan yang mengekalkan etika kebenaran dan kebaikan, meskipun difitnah. Kalau anda membalas fitnah dengan fitnah, maka mereka tambah suka. Anda akan dituduh kalah emosi kerana salah. Caranya, menurut saya, adalah dengan bersabar dan biarkan rakyat kita kaji. Rakyat Malaysia saya lihat ada kecerdikan untuk mengkaji APCO dan cerita sebenarnya dengan Malaysia. Saya sudah kaji sikit-sikit. Kepada yang berminat, sila rujuki ini: APCO is not an Israeli government-orientated.
Nota tambahan, berikutan dengan sangkalan dari APCO sendiri, beberapa kolumnis pro-Pakatan telah menuliskan artikel berkaitan 3 daripada 50 ahli APCO adalah orang besar dalam politik Israel. Namun, satu yang saya komen untuk penulisan Mr. Abdar Rahman Koya itu: semuanya berdasarkan pendapat dan kebenciannya terhadap Kerajaan. Tiada bukti yang mampu menghubungkan secara langsung Israel-APCO-Malaysia. Tiada. Lihat juga ini: 'Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sila Jawab'.
Ryan Albrey...videonya bersifat politikal |
5. Isu LYNAS. Isu ini telah dipidatokan oleh Kerajaan alternatif untuk meraih undi dengan mudah. Ditambah lagi dengan tersebarnya video berbentuk kesedaran terhadapa bahaya LYNAS dari seorang warga Australia, Bryan Albrey yang menjadi suatu viral di seluruh negara. Hebat bahasanya, cuma satu yang saya mahu peringatkan adalah apabila anda ingin menegur, biarlah bebas dari sentimen politikal. Tampak biased apabila dia menyuruh rakyat Malaysia menggulingkan Kerajaan sedia ada, hanya dengan hujah; LYNAStidak patut. Akal sihat pun bisa melihat abnormaliti ini. Namun, saya tidak mungkin dapat menyangkal bahawa LYNAS lebih banyak membawa keburukan dari kebaikan. Singgahlah di sini: 'Kenapa Malaysia Memerlukan Kilang Memproses Nadir Bumi?'. Faktanya tidak cenderung pada mana-mana parti. Tidak seperti Ryan Albrey.
Untuk memenangi hati rakyat: Kerajaan, cuba lakukan penyiasatan yang lebih lanjut dan fikirkan semasak-masaknya sebelum membina kilang ini. Saya tahu kamu sudah meminta nasihat Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan sudah disahkan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Vienna pada 4 Mei. Namun, tentulah ia tidak mampu memuaskan hati rakyat (apatah lagi Kerajaan alternatif). Oleh itu, baik hentikan segera. Ingat tidak, Fukushima di Jepun?
6. Isu royalti. Ini lebih melibatkan penduduk Kelantan *ingat nyanyian Akil Hayy* yang membawa maksud kesedaran terhadap hak-hak penduduk rakyat Kelantan. Mereka mengajukan perjanjian antara pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohammad Nasir pada tahun 1975. Begitupun, perjanjian itu tidak sah kerana ia melanggar Perlembagaan Persekutuan. Pernah bukan, kita belajar dalam Sejarah Tingkatan Lima: "Apa-apa perjanjian yang melanggar prinsip serta perlembagaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan adalah tidak sah atau dalam kata lain, batal". Memanglah kalau ikutkan perjanjian, Kelantan layak lima peratus hasil pendapatan minyak setiap dua tahun, namun kekangan Perlembagaan Persekutuan ada. Dan kita tidak boleh merubah Perlembagaan Persekutuan. Lihat di bahagian bawah untuk maklumat terperinci.
Untuk memenangi hati rakyat: Walaupun mereka kalah di mahkamah, Kerajaan masih berhutang RM1b *atau sekurang-kurangnya RM800j* kepada Kerajaan Negeri Kelantan di bawah perjanjian dengan Petronas 1974. Ini perlu dipenuhi dengan secepat mungkin kerana dengan setiap saat berlalu, seorang lagi akan meninggalkan Kerajaan. Cuba bayangkan jika Kerajaan berikan kesemua royalti itu, pasti akan tambah kuatlah sokongan rakyat. Kalau setakat datang melawat, apa hasil.. cuba sesekali bagi pidato. Kalahkan keupayaan demagog Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Oh ya, ini maklumat berkenaan Perlembagaan yang membatalkan hak rakyat Kelantan ke atas pampasan minyak. Masalah sebenar lombong minyak di Kelantan adalah ia terletak 150 kilometer dari Kota Bharu, sedangkan hak mereka hanya iga batu nautika, bersamaan enam kilometer. Bacalah.
Artikel 76 memberi kuasa kepada kerajaan yang terpecah kepada dua peringkat; Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam Jadual Ke-9. Ini untuk
Untuk memenangi hati rakyat: Walaupun mereka kalah di mahkamah, Kerajaan masih berhutang RM1b *atau sekurang-kurangnya RM800j* kepada Kerajaan Negeri Kelantan di bawah perjanjian dengan Petronas 1974. Ini perlu dipenuhi dengan secepat mungkin kerana dengan setiap saat berlalu, seorang lagi akan meninggalkan Kerajaan. Cuba bayangkan jika Kerajaan berikan kesemua royalti itu, pasti akan tambah kuatlah sokongan rakyat. Kalau setakat datang melawat, apa hasil.. cuba sesekali bagi pidato. Kalahkan keupayaan demagog Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Oh ya, ini maklumat berkenaan Perlembagaan yang membatalkan hak rakyat Kelantan ke atas pampasan minyak. Masalah sebenar lombong minyak di Kelantan adalah ia terletak 150 kilometer dari Kota Bharu, sedangkan hak mereka hanya iga batu nautika, bersamaan enam kilometer. Bacalah.
Artikel 76 memberi kuasa kepada kerajaan yang terpecah kepada dua peringkat; Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam Jadual Ke-9. Ini untuk
Hak Kerajaan Persekutuan:
1. Selain hak-hak Negeri ke atas permit dan lesen, Kerajaan Persekutuan memiliki hak ke atas pembangunan sumber mineral, perlombongan, lombong, mineral dan bijih mineral, minyak dan lapangan minyak, hasil petroleum, keselamatan di lombong dan lapangan minyak.
2. Gas dan produk gas, penghasilan dan pembahagian tenaga dan kuasa.
3. Bidang kuasa asing dan luar wilayah.
4. Perjanjian, persetujuan dan konvensyen dengan negara lain dan segala perihal yang mengaitkan Persekutuan dengan negara lainnya.
Hak Kerajaan Negeri
1. Darat: Jadual 9 Senarai II, Perenggan 2(a). Di bawah Akta Tafsiran, 1948 dan 1967, Seksyen 3, darat termasuklah "permukaan Bumi ... dan segala bahan di dalamnya .. semua tumbuhan dan hasil semula jadi yang lain... sama ada di atas mahupun di permukaan... dan darat yang dilapisi air. Wilayah perairan Kelantan termasuk dalam definisi "darat dilapisi air". Wilayah perairan ditakrifkan dalam 2. Seksyen 4(2) Darurat, Ordinan No. 7, 1969. Terdapat pengecualian, is dirujuk sebagai tiga batu nautika.
2. Hasil dari darat: Jadual 10, Bahagian III Perenggan 2.
3. Sebagai tambahan kepada pengeluaran daripada darat, satu nota dalam Artikel 110[3A]n bahawa adanya pembayaran peruntukan budi bicara bagi syarat-syarat dan terma yang mungkin ditetapkan oleh/di bawah undang-undang Persekutuan untuk cukai eksport ke atas minyak mineral yang dihasilkan di negeri terbabit. Petroleum dimaknakan sebagai minyak mineral dalam Seksyen 10, Akta Pembangunan Petroleum.
No comments:
Post a Comment